Skip to main content

Perutusan Pengarah

 

‏اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Laman Portal Rasmi Mahkamah Kuala Lumpur (MKL). Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya dapat saya abadikan sepatah dua kata buat semua pengunjung Laman Portal Rasmi MKL yang saya hormati sekalian.

Selaras dengan piagam pelanggan MKL iaitu memberi perkhidmatan kaunter dan lain-lain perkhidmatan dengan MESRA, AMANAH dan EFISIEN serta seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang kehakiman masa kini, MKL tidak ketinggalan dalam memacu visi dan misi Badan Kehakiman Malaysia untuk menjadi Badan Kehakiman yang berwibawa berlandaskan kemajuan teknologi menjelang 2025 dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan akses kepada keadilan melalui Laman Portal Rasmi ini yang menjadi medium utama untuk penyampaian maklumat dalam menjayakan program atau aktiviti yang dilaksanakan di MKL.

Melalui saluran ini, pihak berkepentingan kini mempunyai akses kepada pelbagai aplikasi seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi Mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi eKehakiman seperti Court Management System (CMS), eLelong, e-Court Finance, eFiling System (EFS), sistem Pesuruhjaya Sumpah, sistem e-Aduan dan sistem e-Lawatan. Saya berharap agar Laman Portal Rasmi MKL ini dapat memberi manfaat kepada warga MKL, agensi-agensi Kerajaan dan swasta , para Peguam dan orang awam. Pengunjung juga berpeluang untuk mengemukakan cadangan kepada MKL melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPA) yang telah disediakan. Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh mempertingkat dan memantapkan lagi pengisian di dalam Laman Portal Rasmi MKL ini.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambah baik Laman Portal Rasmi MKL ini. Semoga usaha dan komitmen yang diberikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh-Nya.